Saturday, February 28, 2015

PENGENALAN MERDEKA


Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kemerdekaan telah mengangkat maruah dan kedaulatan negara.Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana sahaja mereka berada. Dari sudut keselamatan, maruah dan kedaulatan negara bukan sahaja dipikul oleh anggota keselamatan tetapi turut dipikul bersama oleh seluruh rakyat.
SEJARAH TANAH MELAYU MENDAPAT KEMERDEKAAN
Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, British telah kembali semula menguasai Tanah Melayu. Tetapi sebelum tu, Parti Komunis Malaya (PKM) telah mengambil kuasa dan menegakkan undang-undang sendiri.
Keadaanmenjadi huru-hara apabila anggota PKM melakukan pembunuhan ke atas beberapa orang kampung yang disyaki telah menyokong Jepun. Akibatnya, satu rusuhan kaum telah berlaku selama lebih kurang 2 minggu yang meninggalkan sentimen mendalam ke atas hubungan antara kaum.
  • Satu bentuk pentadbiran tentera yang dinamakan British Military Administration (BMA) 

Pada bulan Mac 1946 BMA telah dibubarkan. Cadangan kerajaan baru yang dikenali dengan nama Malayan Union (Kesatuan Malaya) telah diperkenalkan. Rancangan ini telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945.
Pada 12 Okt 1945, Sir Harold McMichael telah dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu. Malayan Union diluluskan secara rasmi pada bulan Jan 1946.

PENUBUHAN MALAYAN UNION

Untuk menyatukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran wilayah-wilayah yang berasingan seperti Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang memerlukan perbelanjaan yang besar dan tidak seragam. Penyatuan ini memberi kebaikan dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

Sebagai langkah penyatuan politik untuk mengintegrasikan kaum Cina, India dan Melayu menjadi komuniti yang kuat. Fenomena ni menafikan ketaatan golongan pendatang kepada negara asal dan supaya dapat memastikan sumbangan mereka sebagai sumber tenaga yang maju dan mengembangkan ekonomi kekal terpelihara

SYARAT-SYARAT/CIRI-CIRI UTAMA MALAYAN UNION

1. Semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah Pemerintahan Gabenor British. Gabenor ini dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan
2. singapura dikeluarkan dari Persekutuan dan dijadikan tanah jajahan Mahkota yang juga di bawah seorang Gabenor British
3. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya satu gelaran dan mereka hanya boleh bersuara dalam hal berkaitan agama Islam sahaja
4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambilkira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas serta telah menetap selama 10 tahun di Tanah Melayu. warganegara juga akan diberi kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah Melayu selepas pengenalan Malayan Union.

PERJANJIAN LONDON

Rundingan telah mendapat dipersetujui antaranya pelantikan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan merdeka, konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan, pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, parti perikatan tidak akan ambil alih kepentingan British di Tanah Melayu


SURUHANJAYA REID
  •  Antara draf perlembagaan mendapat respon pelbagai pihak adalah agama Islam sebagai agama Persekutuan dan kebebasan beragama dibenarkan, 
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kewarganegaraan diberikan kepada semua orang yang lahir di Tanah Melayu,kewarganegaraan juga diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dilahirkan di Tanah Melayu dan telah menetap selama lima tahun.
  • Pelantikan Suruhanjaya Reid dibentuk pada Mac 1956 ini bertujuan untuk menyediakan sebuah perlembagaan yang adil kepada semua kaum. Tugas Suruhanjaya Reid ialah menyediakan sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka, 
  • menetukan kuasa sebuah kerajaan pusat dan kerajaan negeri, menjamin kedudukan khas Raja-raja Melayu,
  •  menjamin hak istimewa orang melayu, mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu, kandungan draf perlembagaan telah dibahaskan oleh penduduk tempatan ini ada yang diterima dan ada yang ditolak

PERISTIWA PEMASYHURAN KEMERDEKAAN
  • pukul 12.00 tgh malam 30 Ogos 1957, di hadapan Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera UNION Jack diturunkan.
  •  Bendera PTM dinaikkan oleh pemuda UMNO.
  •  31 Ogos 1957, pemasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
  • Wakil Ratu Elizabeth, Duke of Wellington, serahkan dokumen perisytiharan kemerdekaan kepada Yang di-Pertuan Agong
  • Tunku Abdul Rahman baca perisytiharan
  •  Tunku melaungkan MERDEKA! – tujuh kali.

b) Kandungan pemasyhuran kemerdekaan
  • Dokumen Pemasyhuran dlm bah Melayu& Inggeris.
  • Penggunaan tulisan jawi – simbol warisan bangsa
  • PM – negara merdeka dan berdaulat.
  • Raja Melayu dan Ratu England tandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
  • Semua penguasaan Ratu England dan Parlimen British ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal.
  •  Perlembagaan berkuat kuasa – 31 Ogos 1957.
  • PTM kandungi negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
  • PTM – negara demokrasi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.


RUMUSAN


Kesejahteraan dan keamanan negara bergantung kepada rakyatnya. Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan dengan kebanggaan inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kemajuan dan keharmonian negara kita. 









No comments:

Post a Comment